Tuesday, April 14, 2009

PELUANG BN MERAMPAS KEDAH CERAH

Date: Wed, 18 Mar 2009 02:44:15 +0000

Pokok Sena.. Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah disaran tumpukan usaha merencana kemajuan ekonomi negeri berbanding gerakerja ceramah yang berterusan mengelirukan rakyat.

Sudah setahun kerajaan pakatan rakyat memerintah Kedah, secara permukaan tampak tenang, namun apa yang boleh disaksikan, PAS, DAP dan Kerajaan PKR di Kedah hanya mampu meneruskan segala legasi yang telah dibina sebelumnya oleh kerajaan BN terdahulu. Ibarat rumah dilengkapi perabut dan kemudahan pelbagai, mereka kemudiannya hanya perlu membasuh kaki dan masuk untuk mendiami rumah berkenaan. Banyak contoh boleh diberikan, pembinaan bangunan tambahan Wisma Darul Aman, penyiapan galeri diraja, Taman Jubli Emas, dan binaan yang lainnya direncana dan disiapkan oleh BN, namun PAS dan rakan sekutunya hanya bijak merasmikannnya sahaja.

"Saya belum nampak dalam tempoh setahun ini, perancangan konkrit, agenda pembangunan dan usaha mencergaskan ekonomi negeri serta kebajikan rakyat secara holistik", ujar Sobri Sudin, Felo Unit Ekonomi dan Politik , Yayasan Sumber Maklumat yang juga merupakan penganalisis politik negeri-negeri utara. Dari data kajian dan tinjauan yang dilakukan ke atas 1,500 responden di 3 buah kawasan Parlimen, iaitu Padang Terap, Pokok Sena dan Kuala Kedah, hampir 78% responden menyatakan mereka tidak nampak apa-apa perubahan dan kemajuan yang dibawa oleh PAS khususnya dari aspek pertumbuhan dan kemajuan ekonomi.Saya boleh kemukakan satu indikator sebagai menyatakan kelemahan kerajaan Pakatan Rakyat dalam hal ini, dalam pembentangan bajet untuk 2009, unjuran KDNK langsung tidak dinyatakan, sedangkan unjuran itu amat penting bagi mengenalpasti sektor mana yang boleh menjadi penyumbang utama dan sektor ekonomi mana pula yang boleh digerakkan untuk menjadikan ekonomi negeri lebih pelbagai. Ini satu kelemahan ketara dalam mana-mana aspek pengurusan ekonomi mikro.


81% responden yang lain pula menyatakan kekesalan mereka mengundi Pakatan rakyat, kerana tanggapan mereka pentadbiran Pakatan rakyat akan lebih baik dari BN, dan peratusan yang sama juga menyatakan mereka mengundi Pakatan rakyat dalam PRU ke-12 yang lalu, kerana mahu memberi ingatan dan pengajaran kepada BN diatas kealpaan dan sikap bongkak mereka dalam pentadbiran yang lalu, bukan kerana yakin akan kemampuan Pakatan Rakyat. Atau dalam istilah pepatah Melayunya 'MARAHKAN NYAMUK KELAMBU DI BAKAR".

"Berasaskan data-data kajian yang telah saya jalankan sepanjang 2 bulan yang lalu, saya optimis BN dan UMNO Kedah mempunyai peluang cerah untuk mengambil balik Kedah dalam PRU ke-13 akan datang. Akan tetapi perlu memenuhi syarat-syarat berikut. Pertamanya, calon yang bakal diletakkan untuk kerusi DUN ataupun Parlimen, mestilah bersih dari sebarang kontroversi, dikenali ramai, telah lama menabur bakti kepada masyarakat setempat, latarbelakang pendidikan yang baik selain merupakan anak tempatan. Keduanya, gerakerja padu lagi konsisten dengan mensifarkan amalan sabotaj sesama sendiri semasa kempen pilihanraya. Ketiga, kordinasi kerja yang cekap dengan usaha membela kebajikan rakyat menjadi panduan utama selain, keupayaan mendekati, mempengaruhi dan merayu undi dari pegundi muda (umur 21-40) kerana komposisi mereka bakal mewakili 61% jumlah pengundi.

Keempat, mampu memperlihatkan dan mempraktitkan imej kepimpinan yang bersih, dilihat bersih, menjuarai isu rakyat, menjauhi salah guna kuasa, mengelak amalan kronisme dan nepotisme, selain jaminan hak dan kemajuan ekonomi serta suasana mesra perniagaan di kalangan masyarakat Cina. Kelima, memastikan asas kedhaifan hidup pengundi kaum India dapat dibaiki sebaik mungkin dengan pembukaan pelbagai peluang latihan, dan pendidikan agar kadar jenayah dikalangan kaum berkenaan dapat dikurangkan. Faktor terakhir ialah personaliti, pendekatan, keperibadian calon BN sendiri yang bukan sahaja dilihat mesra rakyat, mudah didekati, kurang protokol, malah mampu menjadi pendengar yang baik dan dapat pula menyelesaikan masalah rakyat setempat secara hands on dan menggunakan kaedah yang cukup praktikal. Jika kesemua syarat-syarat ini dapat dipenuhi UMNO dan BN Kedah akan kembali menguasai tampuk pemerintahan kerajaan Negeri, ulas Sobri Sudin mengakiri analisa kajiannya.

3 comments:

  1. Memang pun PAS tidak ada kemahiran (ILMU) untuk pelaksanaan, meraka hanya bijak AWTA(Bullshit) saja, Mereka tidak bijak menilai malah mereka semua ini perasan bahawa rakyat benar-benar perlukan mereka, sebenarnya RAKYAT hanya menguji tahap kematangan pentadbiran dan pemikiran mereka terutama dalam segi Pembangunan Ekonomi dan Perlaksanaan bukannya Leteran(cakap-cakap) JIWA KACAU mereka(PAS).
    Hanya Tuhan Sahaja Yg Mengetaui Niat & Agenda Mereka. Astaqfirullahalazim...

    ReplyDelete
  2. UMNO pon pe kurangnya...
    nama jer ada kemahiran, kemahiran utk RASUAH jer yg tau, kalau ada projek mesti ada RASUAH
    kalau ada program RAKYAT mesti ada PENYELEWENGAN, kalau ada org macam tu dalam UMNO jgn harap ada rezeki ekonomi untuk RAKYAT nak cakap banyak tak mau kalau nak RAKYAT yakin dengan UMNO BUBAR jer Struktur UMNO yang ada sekarang GANTI saja la dengan INSAN-INSAN yang AMANAH & BERWAWASAN, kalau tidak jangan harap la... sampai kiamat pun RAKYAT Benci UMNO macam lagu tema "KAMI BENCI DADAH".
    "Sendiri Mau PK le"

    ReplyDelete
  3. UMNO harus menjalankan pendekatan ekonomi, kerana dengan hanya ekonomi segala masalah rakyat akan selesai. menentang rasuah itu penting tetapi pada masa yang sama ekonomi harus menjadi egenda utama. jika bercakap tentang kedah suka sya ingin menegur tentang ketidak fokusan BN tentang ekonomi. saya sedar bahawa sukar untuk membangunkan ekonomi kedah kerana PAS kedah bulat2 menentang dan monlak projek BN. tetapi BN harus membuat pebdekatan seing is believing dengan pendekatan the grass is greener in the other site of the fence. bermakana untuk menarik kembali sokongan dan menyedarkan mereka di kedah yang tegar dengan pembangkang. Kerajaan harus mencari jalan untuk menunjukkan bahwa negeri2 dibawah tadbir BN akan berkembang pesat dan maju mendadak daripada negeri bawah perintah pembangkang tanpa neglecting rakyat keseluruhan regardless BN state or apposition state. maksud saya disini contohnya Perlis yang berada di bawah Bn harus menunjukkan performance pembangunan yang luar biasa bagi mereka (pengundi) melihat sendiri bentuk kemajuan yang mampu dicapai dibawah BN di bawah konsep seing is believing. jika mereka melihat kemajuan ketara maka mereka percaya di Perlis lebih baik dari di mana2 negeri bawah PR. (grass is greener in the other site of the fence theory) maka mereka akan beralih ke kerajaan BN yg lebih kukuh berdasarkan bukti mata kepala mereka sendiri.

    cara yang terbaik ialah peningkatan mendadak sektor ekonomi Perlis. pekerjaan harus dicipta dengan banyaknya sehingga menarik anak muda dan labor dari P.pinag, kelantan dan kedah datang ke Perlis untuk bekerja. kekacauan Di thailand merupakn keuntungan untuk negara kerana dengan rusuhan itu, Investor luar yang ingin melabur di thailand mula membuka pintu mencari environment yang lebih stabil. Tarikan FDI ini membolehkan suntikan modal asing meningkat dan meningkatkan peluang pekerjaan dan value perlis sebagai negeri industri. Perlis perlu mempunyai 2 ekonomi utama untuk maju seperti di johor iaitu pertanian dan industri. kekacauan di Thailand juga memberi peluang untuk kerajaan memujuk Investor asing yang beroperasi di Thailand beralih ke PERLIS.namun jika semua ini berjaya langkah kawalan perlu diperkatatkan atas dasar local lobor intensif tidak tergugat. jika terlalu ramai pendatang asing terutama thailand dan Indonesia datang dann bekerja maka sia2lah usaha kerajaan mencipta pekerjaan, maka kawalan yang ketat harus dibuat sebagai langkah menjaga kebajikan rakyat.

    Jika rakyat negeri kedah p.pinang dan kelantan tidak dapat mengecapi kemajuan yang sama dibawah PR maka mereka akan beralih ke BN. kerana tak kira lah apa issue yang dimainkan PR rasuah atau penyelewangan. asas utama adalah physiological needs rakyat yang mengundi. iaitu kerja dan pendapatan yang stabil bagi menjaga keluarga dan meneruskan kehidupan. living standard Perlis yang mungkin meningkat boleh menjadikan Perlis sebagai pintu masuk dan bandar maju Utara malaysia yang utama. Tetapi pada masa yang sama kebajikan rakyat di Kedah. p.pinang dan kelantan harus di jaga. - champwarrior

    ReplyDelete