Tuesday, April 14, 2009

LANGKAH TEPAT SELAMATKAN EKONOMI

Date: Wed, 11 Mar 2009 08:11:29 +0000

Pokok Sena...pembentangan pakej rangsangan ekonomi ke-2 yang dilakukan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan dilihat langkah tepat khususnya dalam keadaan ekonomi sedunia yang kian tidak menentu. Pakej rangsangan yang memakan tempoh dua tahun pelaksanaanya iaitu untuk tahun 2009 dan 2010, dijangka mampu mencergaskan kembali sektor ekonomi negara, yang dilihat bergerak pada kadar negatif untuk unjuran suku tahun ke-2 dan ketiga tahun ini.

"Pembetulan semula(fine tune) asas ekonomi negara menerusi pakej mini bajet yang memakan biaya RM60 bilion dilihat merupakan antara langkah perlu, berani, dan membuktikan dinamisme pengurusan ekonomi negara dalam situasi ekonomi global yang kian suram" ulas Sobri Sudin, Felo Unit Ekonomi dan Politik, Yayasan Sumber Maklumat.

"Dalam konteks pakej rangsangan ke-2 ini, yang saya nampak kerajaan mulai sedar dan tidak lagi bersikap 'state of denial' berhubung impak ekonomi sedunia yang kini memberikan kesan kepada ekonomi domestik."Langkah peruntukkan yang pelbagai khususnya untuk sektor masyarakat terbanyak, misalnya peluang latihan dan pekerjaan sebanyak 63,000 tempat disektor awam membuktikan, asas pengurusan ekonomi negara berada di landasan yang benar.

Sungguhpun defisit negara akan berkembang melebihi 7% kesan pertambahan jumlah perbelanjaan sebegini, yang merangkumi 6% dari KDNK 2009, namun dalam pengurusan ekonomi yang dinamik, 'you need to spend more, in order to generate economy spilover".

'Kesemua teras strategi pakej ini selain matlamat jangka panjang yang ingin dicapai membuktikan, bahawa negara sentiasa mengambil langkah-langkah yang perlu mengikut acuan negara sendiri dan pastinya pada akhirnya kejayaan akan diperolehi."Ini memandangkan kecekapan pengurusan, dasar fiskal yang rencam, daya tabungan negara yang tinggi, fundamental ekonomi mikro yang masih sustainable selain elemen kestabilan politik sendiri bakal menjadi penentu kepada kemajuan ekonomi sebenar negara.

"Hakikatnya, krisis ekonomi yang melanda tahun 87, 1997 dan kini 2009 adalah satu ulangan, atas prinsip negara merupakan negara perdagangan , maka sebarang turun naik dalam permintaan barangan eksport akan meberi kesan kepada ekonomi negara, termasuk akan menyebabkan 'contingeous effect' dalam bentuk 'pembuangan pekerja' dan penutupan operasi industri pembuatan, yang kini kesannya bakal menyaksikan 45,000 tenaga kerja akan hilang pekerjaan hingga hujung tahun ini.

Justeru itu, langkah mewujudkan lebih 163,000 peluang latihan dan pekerjaan kepada golongan yangd iberhentikan ini selain peluang pekerjaan untuk golongan penuntut di IPTA, mampu merendahkan kadar penganguran,sekaligus meminimakan kesan penyakit sosial". Peningkatan jenayah juga dapat dikurangkan, kerana wujud korelasi antara peningkatan jenayah indeks mahupun jenayah kecil yang lain dengan pertumbuhan dan kelembapan ekonomi negara. Jika ekonomi segar bugar, peluang menambah pendapatan pelbagai, maka kegiatan jenayah akan berkurang, sebaliknya bila ekonomi suram, peluang pekerjaan terhad dan ramai yang terlibat dengan pemberhentian maka gejala jenayah akan sekaligus meningkat. Apabila jenayah berleluasa kesan dan kos sosialnya terpaksa ditanggung oleh kerajaan dan masyarakat" ujar Sobri Sudin lagi.

"Apa yang paling menarik perhatian saya berhubung pakej rangsangan ke-2 ini, ialah dana tambahan sebanyak R674 juta untuk subsidi bahan makanan asas seperti gula, roti dan tepung gandum. Ini bakal menguntungkan sebahagian besar rakyat bawahan khususnya bagi mereka yang masih hidup di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan(PGK). Demikian, juga kesediaan kerajaan menanggung pampasan melebihi RM500 juta untuk memastikan agar kadar tol dilebuhraya tidak dinaikkan".

"Paling penting bagi saya ialah keupayaan agensi pelaksana bagi memastikan tidak wujudnya kelambatan, kebocoran dan ketirisan dalam soal pelaksanaan pakej rangsangan kedua ini. Pakej rangsangan pertama yang baru 70% pelaksanaanya wajar diselesaikan segera, agar pakej ke-2 ini mampu mengambil tempat."Pakej rangsangan ke-2 ini juga harus dilihat sebagai satu tuntutan atau matlamat yang wajib dijayakan secara sepakat baik dipihak kerajaan mahupun pembangkang, kerana semenjak PRU k-12, Mac 2008 yang lalu, negara tidak habis-habis dilanda kemelut politik, persaingan kuasa, yang menyebabkan rakyat kian bosan dan mual, walhal isu sebenar yang perlu difokus adalah kesan ekonomi global dan bagaimana kaedah berkesan menanganinya.

"Harapan saya , kerajaan di bawah Pakatan Rakyat seperti Kedah, Pulau Pinang dan Selangor akan turut menjayakan pakej rangsangan ini, dengan menokok tambah mana yang patut , mencergaskan ekonomi negeri masing-masing dan tidak terlalu sibuk dengan retorik politik dan sandiwara politik yang melampau", isu sebenar yang menjadi tumpuan dan berkehendakkan komitmen semua pihak ialah pengurusan ekonomi yang betul selain kreativiti untuk diversified punca pendapatan negeri dan rakyat. "Lantas, tiba masanya, pakar-pakar pengurusan ekonomi diperingkat negeri untuk menunjukkan penglibatan dalam merencana kemajuan ekonomi negeri masing-masing, kerana Kerajaan Persekutuan telah memperbuat apa yang sepatutnya dibuat, justeru Kerajaan Pakatan Rakyat diseru lebih prihatin, komited dan bertanggungjawab untuk sama-sama mewujdukan persekitaran ekonomi kondusif demi kesejahteraan seluruh rakyat" akhiri Sobri Sudin.

1 comment:

  1. em perbelanjaan yang dibuat merupakan satu langkah yang baik untuk increase economic capability. saya setuju apabila pekej ransangan dibuat NAMUN begitu pengwalan harus dibuat. Kita kena ingat faktor asas dan kesan langsung kejatuhan ekonomi, dan pakej tersebutya hanyalah salah satu fiscal policy strategy yang mampu dibuat kerajaan. Oleh itu kawalan harus berkesan kerana jika tidak inflasi akan berlaku akibat ransangan ekonomi ataupun yang lebih teruk suntikkan gagal merangsang dan Inflasi menigkat menyebabkan masalah "stagflation". Ini lah yang kita bimbangkan.

    kawalan perbelanjaan perlu kerana perbelanjaan kerajaan dalam pakej tersebut harus capai HANAYA pada tahap maksimum ransangan kerana jika melebihi yang sepatutnya masalah Inflasi dan stagflasi akan menjadi masalah negara pada tahun berikutnya.

    Contohnya, ransangan suntikkan subsidi dan bailout plan yang dibuat kerajaan harus dipuji kerana ia dapat menyelamatkan pekerjaan dan menstabilkan demand. Apabila pekerja tidak hilang pekerjaan maka mereka mampu berbelanja dan suntikan modal sebagai bailout dapat menampung kekuranagan demand yang dihadapi. Tetapi lebihan berbelanja tanpa kawalan hanya akan menambah jumlah aliran wang dalam pasaran dan mengurangkan value ringgit itu sendiri. Ini boleh meyebabkan Cost operasi seperti raw material yang diimport meningkat dan diburukkan lagi akibat kenaikkan barang raw material ini mengurangkan capability untuk sesuatu indutri mengeluarkan product yang cukup untuk memnuhi Demad (scarcity and apportunity cost) malah ia boleh diburukkan lagi dengan demand yang meningkat atas lesan ransangan ekonomi yang dibuat meningkatkan inflasi. manakala decrease in production capabilty production akan juga menyebabkan Layoff yang tinggi. "Unemployment and inflation = stagflation". saya menyokong penuh hasrat dan tindakkan kerajaan, tetapi kita harus berhati2 dengan economic environment.

    Selain itu ransangan ekonomi dikatakan masih belum dirasai oleh consumer terutama comercial sector. Ini boleh menggugat environment ekonomi. Ahli2 ekonomi dah pun predict benda2 mcm ni berlaku kerana peralihan kuasa, tapi bagi saya peralihan kuasa bukan alasan kerana portfolio kewangan masih dipegang dato' najib. Kerajaan harus hapuskan sifat errogant dan birocracy dikalangan jabatan dan penjawat awam (civil servant)kerana kami rakyat dan peniaga makin menyampah dengan gelagat segelintir civil servant ini yang errogant ketika pihak peniaga mula meminta bantuan. Mereka di layan seperti peminta sedekah. Yang memburukkan kerajaan adalh mereka2 ini.

    Mereka2 yang menjadi civil servant ini mungkin bersa terlalu selesa bekerja dengan kerajaan kerana mereka telah pun selamat dari layoff regardless what kind of performance they given. Jika di Singapura mana2 civil servant yang mempunyai complaint dan sedikit masalah discpline boleh dibuang kerja. baru2 ini sahaja 60000 civil servant akan dibuang. Ini menyebabkan mereka di sector itu lebih berhati2. Mungkin kerajaan m'sia harus buat pendekatan yang sama bagu memastikan birocracy, errogant dan juga rasuah boleh dicegah.-champwarrior

    ReplyDelete