Friday, April 24, 2009

SEJARAH POLITIK MALAYSIA

Antara Penyatuan dan Pemisahan 1940-an hingga 1960-an. Apakah faktor yang mendorong @ menghalang penyatuan dan pemisahan.

Sumber: domromeo86


PENGENALAN

Beberapa peristiwa dari tahun 1940-1960

01. Pendudukan Jepun 1941
02. Malayan Union 1946
03. Persekutuan Tanah Melayu
04. Penubuhan UMNO 11 Mei 1946
05. Peristiwa Darurat 19 Jun 1948
06. Penubuhan Malaysia 1963
07. Pemisahan Malaysia
08. Peristiwa 13 Mei 1969
09. Terdapat segolongan orang yang menentang Persekutuan T.M
10. Ada gerakan tertentu di Pulau Pinang yang mahu supaya Pulau Pinang terus menjadi kolonial British
11. AMCJA-PUTERA menentang Persekutuan Tanah Melayu dan British.
12. Gerakan pemisahan Johor & Kelantan dari Persekutuan T.M

Peristiwa yang berlaku di atas saling berkaitan antara satu sama lain iaitu bermula dengan Malayan Union yang tidak berjaya dan diganti oleh Persekutuan Tanah Melayu.

Selepas itu, 2 peristiwa penting telah berlaku iaitu penyatuan dan pemisahan entiti-entiti politik @ negara-negara kecil seperti Negeri Negeri Selat, Negeri Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Negeri Melayu Tidak Bersekutu, Sabah, Sarawak, Singapura & Brunei.

Union/ Kesatuan - Keseluruannya di kuasai oleh Kerajaan Pusat

Persekutuan - Setiap wilayah diberi autonomi tertentu dalam bidang tertentu. Masih ada juga kerajaan pusat contohnya agama dan tanah mutlak kerajaan negeri.

Peristiwa-peristiwa yang melibatkan penyatuan:

1. Semasa Malayan Union- British ingin menyatukan Negeri Negeri Selat, Negeri Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Negeri Melayu Tidak Bersekutu, tidak termasuk Singapura di bawah satu pemerintahan gabenor British di KL.

2. Semasa Kemerdekaan & Penubuhan Malaysia- Berlaku penyatuan membentuk 1 negara yang melibatkan Negeri Negeri Selat, Negeri Negeri Melayu Bersekutu, Sabah,Sarawak & Singapura.

3.Selepas Penubuhan Malaysia- Pemisahan Singapura daripada Malaysia.

Dari peristiwa tersebut kita dapat melihat penyatuan dan pemisahan Singapura dgn T.M & Penyatuan Sabah & Sarwak dgn T.M.

No comments:

Post a Comment