Thursday, April 23, 2009

Prinsip Hikmah Dalam Komunikasi

Islam juga meletakkan prinsip hikmah dalam berkomunikasi.

Firman Allah di dalam al-Quran:
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan penuh hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik” [al-Nahl: 125]

Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam kuliah Ramadan beliau tahun lalu menghuraikan bahawa ayat ini memberi panduan dalam berkomunikasi dengan mereka yang sealiran dan yang tidak sealiran. Dalam mana-mana organisasi sering terjadi konflik dua pihak. Maka Allah menyeru agar kita berbicara dengan penuh hikmah dengan memberi pengajaran yang baik kepada mereka yang sealiran dengan kita, manakala berbincang dan berbahas dengan cara terbaik dengan mereka yang berkonflik dengan kita. Konflik tidak boleh dibiarkan berlalu tetapi perlu diselesaikan dengan cara komunikasi dengan cara-cara yang difikirkan terbaik.

No comments:

Post a Comment